ALAMTOLOGI
Maklumat selular di dalam tubuh badan jika sudah terganggu dan
tercemar, selagi mana kitaran sel kekal dalam keadaan tidak sihat atau rosak,
lama kelamaan pasti penyakit akan datang.
Rawatan sel tunjang (stem cell) membabitkan pengambilan sel dari
saraf tunjang, replikasi, dan dimasukkan di bahagian bermasalah. Walaupun
bermanfaat, kosnya yang mencecah puluhan ribu untuk satu rawatan terlalu berat.
Alamtologi adalah cabang ilmu sains yang mengubah kefahaman
sains dan matematik sedia ada.
Menerusi kajian sejarah ilmu sains Islam, matematik asas,
pemerhatian alam semulajadi dan lain-lain, maka terciptalah Alamtologi. Dari
Alamtologi wujudlah cabang-cabang sains lain yang berpaksikan ilmu dan formula
Alamtologi seperti perubatan, teknologi maklumat, kejuruteraan dan banyak lagi
kerana Alamtologi bersifat fakta dan pemerhatian, penyelidik telah berjaya
mencapai formulasi yang menjadi asas pengiraan bentuk kehidupan. Setiap asas
hidup iaitu sel mempunyai formulasi matematik asas yang bersih dan suci – yakni
tidak tercemar dengan kemasukan anasir luaran.
Penyelidik Alamtologi yakin dengan penghasilan formulasi asas
selular ini dan telah berjaya menghasilkan satu bahan pembawa maklumat yang
boleh menyimpan dan memindahkan maklumat formula ini kepada sel tunjang badan.
Dari situlah terhasilnya RxCrystal.
RxCRYSTAL
RxCrystal adalah formula hablur 100% natural yang boleh membantu
lebih daripada 50 jenis penyakit.
Di antara penyakit yang telah mendapat maklum balas positif
termasuk darah tinggi, kencing manis dan arthritis. Begitu juga dengan pesakit
kanser – peparu, serviks dan payudara – ada yang telah melalui rawatan
menggunakan RxCrystal.
Senarai masalah kesihatan yang boleh dibantu RxCrystal semakin
bertambah dari hari ke hari.
Proses pengeluaran sel banyak bergantung kepada maklumat yang
sampai ke stem cell. Sekiranya berlaku pencemaran “signal” – pemakanan tidak
betul, udara tercemar, bahan-bahan toksik dalam harian, atau faktor genetik
sendiri – maka stem cell juga akan mengeluarkan sel-sel yang “tercemar”. Sel
tercemar ini yang akan menyebabkan masalah kesihatan atau membuatkan badan
tidak mampu melawan penyakit.
RxCrystal bertindak ke atas stem cell untuk melahirkan sel-sel
baru yang sihat.
Soal Jawab tentang RxCrystal
Apakah fungsi utama RxCrystal?
Fungsi utama RxCrystal adalah untuk memberikan “signal” semulajadi yg tidak
tercemar kembali kepada stem cell – sejurusnya melahirkan sel-sel baru yang
sihat.
Bagaimana gambaran prosesnya?
Bayangkan tulang sum-sum kita adalah mesin fotostat. Ia akan mengeluarkan
salinan sel-sel berdasarkan “master copy” yang difotostat.
Pada permulaan kehidupan, “master copy” ini bersih dan tidak
tercemar. Tetapi lama-kelamaan (atau kerana faktor genetik), “master copy” ini
boleh menjadi rosak, kotor. Jadi salinan dari “master copy” ini juga akan jadi
rosak.
RxCrystal, apabila diambil, akan mengambil tempat “master copy”
dan membetulkan semula proses pengeluarannya.
Bagaimana pula RxCrystal melakukan
sedemikian?
Konsep ini diberikan nama Alamtologi yang dikaji oleh pakar
sains dari Malaysia sendiri. Pendek kata, melalui siasatan ke atas aspek sains
alam & cakerawala, sejarah purba (contoh : piramid), alam semulajadi flora
& fauna (contoh : semut, lebah) dan ilmu matematik, Alamtologi telah
menemui satu formula yang merupakan hukum asas pengiraan hukum alam. Formula
inilah yang digunakan untuk memberikan ukuran asas bagi membetulkan sel dalam
badan.
Apabila pesakit mengambil RxCrystal, aspek fizikalnya
(garam,gula & air) hanyalah sebagai pembawa maklumat & tenaga. Maklumat
inilah yang akan diterima stem cell dan digunakannya.
Hanya garam, gula dan air?
Ya, kandungan fizikal RxCrystal adalah garam, gula dan air
suling. Tetapi bayangkan bagaimana maklumat di Internet bertukar. Semua aspek
digital tidak boleh dinampak mata kasar – dan wayar kecil yang menghubungkan
kita itu hanyalah aspek fizikal yang sebenarnya pembawa sahaja – adakah nilai
maklumat yang disampaikan itu sama nilainya dengan nilai wayar? Sudah tentu
tidak.
Begitu juga dengan garam, gula & air di RxCrystal. Ia adalah
pembawa.
Ada kesan sampingan?
Bergantung kepada keadaan stem cell masing-masing.
Contoh: Bagi mereka yang ada masalah sendi tetapi dihilangkan
melalui mengambil ubat setiap hari atau melalui “corrective surgery”, waktu
permulaan ambil, sendi mungkin “tertangkap” atau rasa sakit datang semula.
Contoh-contoh lain yang berlaku bagi mereka yang ada penyakit
(sama ada sedar atau tersembunyi) kronik adalah masalah ruam, badan panas,
mengantuk, demam, selsema dan lain-lain.
Tetapi reaksi sebegini bukan perkara biasa dan mungkin berlaku
dalam 2-3 daripada 10 pengambil RxCrystal.
Itulah dinamakan krisis penyembuhan. Dalam semua perubatan
semulajadi, terutama seperti RxCrystal yang mensasarkan ke asas stem cell,
badan akan memberi tindak balas di waktu permulaan (proses penyahtoksik dan
sel-sel mati).
Kalau ambil ubat, jarang nak nampak “healing crisis” kerana
fungsi ubat moden adalah merawat simptom.
RxCrystal pula merawat peta sel anda di stem cell. Reaksi sel
semulajadi adalah untuk melawan elemen baru – itulah munculnya krisis
penyembuhan.
Berapa lama krisis, kalau berlaku?
Dinasihatkan meneruskan program rawatan RxCrystal selama minima
15 hari. Menjelang hari ke-10, kebanyakan krisis penyembuhan dah hilang – maka
proses pemulihan selular berlaku pula.
Bagaimana cara pemakanan?
Ambil 1 sachet (0.1g) hablur 2X sehari – sebelum tidur dan
selepas bangun. Letakkan di bawah lidah dan biarkannya larut sendiri.
PROSES PENYELIDIKAN RXCRYSTAL
Testimonial RxCrystal: