Air Rx-Water bukanlah hanya sistem rawatan air biasa. Ia lebih dikenali sebagai Aura converter atau Sistem Terapi Air Penyembuh Aura. Banyak sistem 'penapis' air di pasaran yang mendakwa airnya bersih dan selamat. Memang benar ia bersih, malah diuji dengan TDS Meter, pH Meter, ujian beras dan lain-lain. Tetapi bersih sahaja tidak mencukupi. Bagi umat Islam, yang paling penting ialah ianya mestilah 'SUCI Lagi MENYUCIKAN'. Rx-Water ialah satu-satunya sistem yang menggunakan bahan Tanah Liat berion Kalsium serta Aura Converter (pada Katrij ke 4) yang dipatenkan oleh Dr. Noordin Darus sendiri setelah beliau mendapat ilham dari Ilahi semasa menderita sakit Kanser Darah 7 tahun dulu. Rupa-rupanya air yang dilalukan pada tanah liat memberikan kesan 'Penyucian' yang menakjubkan. Malah banyak sistem penapis di luar sana yang menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari tulang haiwan & bahan tulang yang paling kerap diguna ialah tulang Khinzir. Ia tidak dapat diketahui dengan ujian DNA. Tetapi sistem Aura Converter RX-Water menggunakan bahan Seramik (pada katrij pertama) yang diperbuat dari batu yang berkualiti tinggi untuk menyaring keladak, 'sediments', rumpai & kotoran dari punca air kita. Ia ibarat buah pinggang kita. Bahan-bahan yang digunakan selamat & suci serta tiada unsur-unsur Haram atau Syubahah . Air yang keluar dari sistem ini mempunyai kesan 'Tenaga' atau 'Qi' yang sangat menakjubkan. Ianya meresap ke dalam tubuh kita walaupun hanya dengan memegang sahaja botol airnya. Tenaga inilah yang 'rejuvenate' atau membangkitkan 'Self Healing System' kita untuk sembuh. Malah 'Medan Tenaga' yang dihasilkan dari air Rx-Water ini seakan sama dengan Air Zam-Zam, air penawar terbaik di dunia yang mengeluarkan unsur medan tenaga yang bersifat 'Lawan Jam'. Ini adalah kerana pergerakan ini (kanan ke kiri/lawan jam) adalah hukum alam kerana
- Bumi berputar di paksinya mengikut arah lawan jam,
- Bulan mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam
- Bumi mengelilingi Matahari juga mengikut arah lawan jam
- Seluruh Cekerawala & Alam semesta sebenarnya berputar mengikut arah lawan jam
- Malah kita Tawaf di Kaabah juga mengikut arah lawan jam.