
Pada 8 Nov 2009 lalu, Dato Dr. Noordin Darus telah diundang untuk memberi penerangan tentang Terapi air Rx-Water & Rx-17 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Beliau telah ditanya tentang bagaimana terhasilnya inovasi Sistem penurasan & Terapi air Rx-Water ini dan sedikit tentang kisah beliau. Beliau juga menerangkan kepada host rancangan tentang Rx17 yang bagaimana terhasilnya inovasi tersebut. Pada malam sebelumnya (7hb Nov 09), saya telah sms lebih dari 50 orang untuk memberitahu mereka tentang slot Dr. Noordin ini & mereka pun forwardkan kepada rakan2 masing-masing. Selepas sahaja selesai rancangan tersebut, ramai betul yang call & sms saya bertanyakan tentang produk ini dan terus nak membelinya. Jenuh juga nak menjawab soalan-soalan mereka. Dato Dr. Noordin telah mengambil kesempatan muncul di kaca TV untuk menerangkan konsep terapi dengan air dari sudut Islamik dan bagaimana kaitannya dengan produk yang beliau bangunkan ini. Juga membongkar fakta yang sejak beliau menggunakan istilah AURA & konsep AURA dalam terapi Rx-Water ini dari tahun 2001, dah banyak pula produk-produk penapis air di pasaran yang juga guna istilah sama untuk produk mereka. Beliau sempat juga menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan AURA itu sebenarnya. Sila tonton video2 di bawah dari rakaman yang sempat saya ambil (dari last miniute preparation). Maaf ya, kualiti rakaman tak berapa bagus
No comments:
Post a Comment