Pada tanggal 31 Oktober 09 yang lalu, stokis di Johor Bahru telah menganjurkan majlis pelancaran Projek Jutawan Pengguna Copycat yang dilancarkan oleh Dato Dr. Noordin Darus di Malaysian Productivity Centre (MPC). Dalam ucapan beliau, Dr. Noordin telah membuka minda para hadirin dan orang-orang baru tentang konsep sebenar perniagaan MLM dan mengapa beliau sendiri yang pada asal profesion beliau sebagai doktor perubatan & anaknya, En. Najmie Noordin yang dahulunya seorang peguam telah nampak potensi perniagaan ini.
Akan tetapi, yang lebih penting ialah 'Hati' syarikat itu. Maksud beliau dengan istilah 'Hati' ini ialah keikhlasan syarikat dan pengasasnya dan ke manakah wang hasil keuntungan perniagaan ini telah dilaburkan oleh syarikat tersebut & adakah mereka ada membayar Zakat? Inilah sentimen yang perlu ada pada setiap diri orang Islam yang nak melibatkan diri dalam perniagaan ini. Jika wang hasil keuntungan ini perginya ke charity-charity atau rumah-rumah ibadat yang men-Syirikkan Allah, maka sahamnya juga dapat kepada kita. Bagaimana pula jika sebahagian wang itu dilaburkan kepada musuh-musuh Islam yang nak menghancurkan ummat ini tanpa kita sedari. Maka haruslah kita berhati-hati dan sentiasalah berisytikharah sebelum membuat pilihan dan jangan jadi 'hamba wang' dengan hanya melihat dari sudut keuntungan sahaja tanpa mengambil kira keberkatan yang bakal diraih untuk jangka panjang jika kita memilih syarikat yang betul. Ada juga syarikat MLM Bumiputera (yang pengasasnya juga seorang Doktor) tetapi hanya gimik sahaja. Beliau sebenarnya bukan membuat formulasi produk2 syarikat dan cara ia mengiklankan produknya dengan agresif sehingga mempamirkan dirinya dengan produk keluarannya sebelah-menyebelah dengan model-model wanita seksi yang berpakaian menampakkan sebahagian dada & tubuh mereka. Sebenarnya tidak perlu nak tunjuk glamour sampai macam itu hanya sekadar nak mempromosikan produk pelangsingan. Ingatlah, apa yang kita buat diperhatikan Allah. Kita boleh makan gaji dengan syarikat yang jika bosnya buat salah, kita tak semestinya bersalah sama. Tetapi dalam MLM, kita sebenarnya berkongsi perniagaan & hasil dengan syarikat MLM dan kita adalah 'business associates' mereka. Jika jalannya salah, maka hasil sahamnya juga salah. Hasil bonus & pendapatan inilah yang kita nak berikan pada anak & isteri kita makan. Ingatlah
WorldWellness Network adalah sebuah syarikat milik 100% Bumiputera Muslim dan menjalankan perniagaan yang bukan sahaja jujur tetapi berjalan di landasan Islamik yang patuh. Syarikat ini bermula tanpa langsung meminjam dari bank & membayar Zakat setiap tahun. malah, syarikat ada menubuhkan tabung amal yang mengasingkan sebahagian dari keuntungan syarikat untuk membantu anak-anak yatim orang-orang susah. Terlahirnya produk & perniagaan ini pun dari hasil kajian seorang doktor perubatan (Dr. Noordin) yang insaf betapa kerdilnya diri ini dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha hebat ketika beliau bersabung nyawa menderita dengan sakit Kanser Darah yang teruk suatu ketika dulu. Beliau diberi ilham oleh Ilahi untuk menghasilkan produk ini untuk beliau amalkan sehingga sembuh dan membantu sekian ramai yang lain mendapatkan semula kesihatan. Begitu juga produk-produk lain yang dibangunkan dari 'air tangan' beliau. Amatilah video hasil rakaman ucapan beliau di bawah dan fikirlah sendiri. Buatlah keputusan yang bijak. Jangan pula nanti kata kita tiada pilihan!!
No comments:
Post a Comment